Kursus Pengurusan Maklumat Dan Pengendalian Microsoft
13 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniProgram ini adalah program usahasama Pusat Internet Padang Wahid , Mpkk Belak Dan Pejabat Kemas Langkawi. dalam usaha membantu pelajar-pelajar sekolah menegngah dan rendah dalam pengurusan dokumentasi. Kursus ini menekankan penggunaan MS Office (Word, Excel dan Powerpoint) dan pengurusan dokumen melibatkan komuniti kampong bersama MPKK. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat setempat berkenaan dengan penggunaan IT dan menguruskan kerja seharian menggunakan perisian komputer.
Kursus ini di rasmikan oleh pegawai khas ADUN kuah, Langkawi iaitu En. Zabidi bin Yahya.
Melalui pelaksanaan kursus ini, ianya diharapkan dapat meningkatkan kemahiran para peserta dalam aplikasi yang terdapat di dalam perisian komputer dan mendapat sijil hadir kursus, seterusnya supaya peserta dapat mencurah ilmu yang telah dipelajari kepada masyarakat supaya kadar celik komputer dapat di pertingkatkan lagi dan memberi ruang kepada peserta kursus dalam menjana / menambah pendapatan atau peluang pekerjaan disektor swasta atau perniagaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: